Friday, February 6, 2015

Ajal Maut di tangan Allah.

Rasanya normal untuk kita rasa mcm ajal kita sudah dekat,kan?
Rasa macam mau minta maaf dekat semua org di sekeliling setiap masa. Rasa macam takut mau jumpa semua org sebab kononnya mau menjauhkan diri supaya tidak ditangisi bila betul2 sudah tiada nanti. Rasa macam takut amal ibadah belum cukup untuk ditarik nyawa & bertemu Allah. Serius takut.
Takut bila fikir apa jadi sama umi & adik2 kalau aku yg pergi duluan. Susah payah umi semasa aku masih hidup dan teruk mana lagi akan susahnya tadi bila aku betul2 pergi. Duniaa... Bila difikirkan balik, itulah Ujian & dugaan yg Allah bagi. Utk hamba2Nya yg disayangi. Subhanallah.

Bertuah rasanya dapat peluang mengenali & mempunyai insan2 yg sayang sama kita. Bertuah sangat untuk memiliki ahli keluarga yg baik & sayang serta peduli sama kita. Yaaa... Ibu Anna. Ibu2, makcik2, adik2 & kakak2 yg ada di sekeliling aku ini lah yg menguatkan lagi semangat & niat utk jadi hamba Allah yg selalu bersyukur dan jadi anak yg solehah. Alhamdulillah. Syukurku pada Allah kerana menghadirkan insan2 seperti mereka dalam hidupku selain Umi, Atul, amin,oyah & omar serta ahli keluargaku yg lain.

Terasa ingin aku taip setiap nama2 mereka di sini supaya andai benar aku pergi duluan, mereka tahu yg nama mereka selaluku sebut dalam doaku. Cinta dan sayangku utk mereka kerana Allah.

*Andai benar ajalku sampai & ditakdirkan untuk aku pergi dulu, minta maaf untuk setiap salah dan silapku sama ada lisan mahupun perbuatan terhadap kalian, halalkan makan & minumku, doakan , doakan dan doakan aku setiap masa dan semampumu. 

No comments:

Post a Comment

Lots of Love, XOXO.