Friday, February 6, 2015

Assalamualaikum?

Alhamdulillah.
Saya masih hidup. Diberikan peluang bernafas lagi sehingga hari ini.
Sudah pukul 12.48 a.m and mata masih belum mau tutup ... Maybe sebab sudah biasa jadi zombie selama beberapa bulan ne kan kan... Anyways... Banyak benda mau share rasanya namun tangan terasa lemas mau menaip. Mood mau menulis atau menaip pun belum ada rasanya. Its kinda awkward  menaip dalam melayu sebab Bahasa Malaysia ku agak kurang sikit tapi akanku cuba sebaik mungkin untuk menaip dalam BM walaupun terpaksa menggunakan BM yg formal and etc. 

Aku rindu abah. 
Dalam setiap solat telahku selitkan doa untuk abah & umi selain utk adik2 dan keluarga dan mereka yg ku kasihi. Dalam setiap solat aku selitkan doa meminta Allah jaga abah di mana pun abah berada. Dalam setiap solat aku minta disampaikan salam rinduku pada abah. Dalam setiap solat aku meminta supaya dapat menjadi hamba Allah yg solehah dan dilindungi dari apapun godaan. Dalam setiap solat aku menangis meminta supaya dapat jadi anak yg solehah buat abah & umi. Dalam setiap solat aku menangis memikirkan setiap dosa yg aku buat. 😭😭😭  Semua org pun berdoa dan meminta dari Allah. Cuma hanya ingin meluah melalui perkataan2 yg aku taip .  

Anak panan ni cengeng, sensitif dan kuat menangis biar dalam keadaan sedih mahupun gembira... Abah pun macam tu juga. Jadi rasanya tau sudah la kan dari mana datangnya karakter yg aku ada kan... Abah... Abah... Abah. Abah jak boleh aku fikirkan sekarang sebab aku rindu. Serius rindu dan Allah jak tahu sebesar mana rindu aku.  😭😭😭 

Aku masih hamba Allah yg hina yg belum mampu rindu padaNya & pada Rasulullah sebesar2nya... Doakan saja kita dapat sama2 diberikan peluang & hidayah untuk jadi salah seorang hambaNya yg mampu merindui Sang Pencipta & kekasihNya.  



No comments:

Post a Comment

Lots of Love, XOXO.